Wednesday 21 February 2018

Mobile@Unifi BIGGEST PROBLEM



MAAF untuk posting yang pertama dalam blog yang baru dicipta ini hanya sekadar ingin meluahkan perasaan kecewa dengan mobile@unifi yang baru dilancarkan pada hari ini. Dengan cara awalnya, kita terpaksa berpusu-pusu di kaunter TM utk dapatkan simkad mobile@unifi ini. Semua pelanggan nampaknya teruja dengan pelancaran ulung dan julungkalinya membawa tagline tiada expired date atau mudah faham, simkad yang ditawarkan oleh TM ini kekal selamanya validation periodnya. 

Nampak gaya, ia satu tamparan hebat pada semua service provider yang lain seperti celcom, digi, umobile, maxis dan lain-lain. Namun begitu, nampak gayanya, mobile@unifi hanya menang pada tagline nya sahaja. Seperti TIADA PERSEDIAAN AWAL semasa pelancarannya yang lebih kelihatan tergesa-gesa. Juga seperti tiada membuat kajian dan ujian terperinci semasa melancarkannya. 

Baik dari segi laman web unifi.com.my , live chatnya yang kritikal, aplikasi wifi@unifi ataupun  mobile@unifi yang kelihatan begitu lemah, primitif dan terlalu menyedihkan. Tambahan pula dengan manual penggunaan/pemasangannya yang terlalu menggangu emosi dan jiwa serta boleh membuatkan kita menjadi semakin tertekan (stress) kerana teramat-amat ringkas (mungkin kerana malas untuk menaip panjang atau terlalu berjimat ketika mencetak manual penggunaannya).




Maaf jika boleh dikatakan ianya lebih kepada ingin mengaut keuntungan semata-mata daripada mengutamakan kepuasan pelanggan.

Kesimpulannya, pada mereka yang terfikir untuk bertukar pada plan yang dipromosikan oleh mobile@unifi ini, disyorkan agar batalkan sahaja niat anda dan terus kekal menggunakan perkhidmatan yang anda gunakan sekarang kerana ianya terlalu jauh lebih baik dari yang ditawarkan oleh pihak TM melalui produknya mobile@unifi ini.

Luahan ini adalah dari pelanggan yang masih menaruh harapan agar TM @ UNIFI ni dapat di naik taraf kepada yang lebih baik dan berkesan di masa akan datang memandangkan TM adalah syarikat yang telah sekian lama wujud di negara ini. Walaupun artikel ini pahit untuk di terima, menyedih dan menyakitkan, tetapi, yakinlah, jika semua masalah ini dapat di atasi oleh TM / UNIFI, ia pasti akan meningkatkan lagi kualiti dan menambahkan lagi kepuasan kepada pelanggan yang setia. Kongsikan artikel ini untuk kebaikan  kita bersama. 

All the best and wishes the good luck to TM / UNIFI.